ana sedang boring
ana x tau nk watpe..lagi 3 orang tu dah balik ke istana kami dahulu..ana ada seminar yang menanti sebentar lagi..hampir dua jam ana pusing2 uni x tau nk buat ape sorang2 ni..agak lapar.ana berjalan kaki menyelusuri lorong-lorong pejalan kaki dan sesekali tersilap masuk ke lorong berbasikal..ana yang kesejukan hanya mampu menarik mafela pink menutupi separuh wajahnya.akhirnya,bangunan vanbrugh berdiri megah di hadapan..ana tolak pintu cafe vanbrugh perlahan2..
pantas ana berjalan menuju ke kaunter makanan..malangnya kelihatan mak cik itu sedang tekun membersihkan dulang2 makanan yang sudah ternyata kosong.hampa..ana meneruskan perjalanan ke roger kirk cafe pula yg berada di james college(nama lama:goodricke college)..titis-titis halus hujan mulai terasa di wajahnya..ana bersabar.ana hanya mampu berdoa di dalam hati agar masih ade makanan halal yg dijual di cafe itu..akan tetapi,malang sekali lagi buatnya.sudah tidak ada lagi mkanan halal yg dijual.semuanya habis..(isyh,pelahap betul mat saleh ari ni,abeskan makanan lak)..ana kemudiannya melangkah longlai menuju ke goodricke computer room untuk menghabiskan sisa2 masa yg tinggal sebelum masuk ke kelas..ana xde mood untuk study lagi.setelah puas berfikir di hadapan komputer goodricke ini,ana tiba-tiba teringat sesuatu.dia tersenyum lebar.pantas tangan kanannya menarik zip bag untuk mengeluarkan isinya..satu paket kecil biskut oreo yg dibeli dr poundland kini berada di genggaman.ana bersyukur krana terlupa untuk mengeluarkan biskut itu dari beg semalam selepas pulang dr kelas...kini ana tidak lagi lapar.hehee..minuman kosong yg selalu dibawa menjadi teman kpada biskut oreo itu..okay,nmpaknya ana sudah mampu utk melangkah ke seminar newtonian mechanics dengan yakin sekarang..(senyum)..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment